Resepi Lemang Periuk Kera..


Lain daripada yang lain, lemang periuk kera 4 beradik mendapat sambutan ramai

Apa kata raya nanti kita buat kelainan sikit, tukar dari guna buluh lemang ke periuk kera (tu pon kalau ada hehe) Senang nak bukak isi lemang tu, boleh terus makan. Resepi ni sama je dengan lemang guna buluh, yang cuma bezanya hanya pada guna periuk kera.

periuk

BAHAN-BAHAN:

  • 20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
periuk2
  • 300g beras pulut. Basuh dan toskan.
  • 1 liter santan
  • Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
  • Gula kalau suka rasa manis pada pulut.

CARA MEMBUATNYA:

periuk5
  • Masukkan pulut ke dalam periuk kera.
  • Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. 
  • Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. 
  • Kukus sampai masak.
SUDAH SIAP....Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya..
Share on Google Plus

0 comments: